Wednesday, March 4, 2015

Hilang Kerja Sebab Nafas Berbau ?

Betul ke sampai boleh hilang KERJA sebab Nafas Berbau ? Memang sukar bila kita dengar pasal nafas berbau, huhuhu. Memang tak dapat dinafikan, kalau restoran kotor berbau, inikan pula orang tak jaga mulut, tak gosok gigi, nafas berbau, tapi mungkin takdalah sampai hilang kerja rasanya.


hilang kerja bau badan

\

Boleh HILANG KERJA ?

Sebenarnya ada juga kebenaran disebalik tanggapan dan pentaksiran sambil melakukan penelitian tentang hilang kerja nih. Cubalah bayangkan, kalau bos kita tanya, kita jawab, lepas tu nafas berbau, hooo, memang tak best woo.

  1. Katakan anda seorang jurujual yang baru belajar nak menjual, tanpa melakukan latihan rapi, anda terlupa nak gosok gigi, atau memang nafas berbau, tak jadi customer tu nak beli dengan anda sebab tak tahan bau nafas.
  2. Pengulas sukan dalam radio mungkin ada masalah nafas berbau, tapi memang akan rasa tidak selesa juga, jadi nak mengulas sukan kalau mulut berbau, teruk jugak ulasan, jadi kurang menarik dan menjadi lebih hambar sebab nafas berbau.
  3. Masa keluar dengan bakal isteri atau awek cunz, tetiba time nak makan, time bercakap, nafas berbau, aiyoo, apa nih, memang kantoi tak gosok gigi atau nafas berbau, memang dilema sungguh.

Petanda Badan Kurang SIHAT !!!

Halitosis, nama glamer bagi nafas berbau, memang tak best, sebabnya, dahlah berbau, tentu sangat busuk sekali. Oklah, tapi nak cakapkan, sebenarnya, bahaya nafas berbau, walaupun nampak sekadar bau, tapi ianya memberitahu anda bahawa anda mungkin ada penyakit lain.

Berhenti MEROKOK

Amanat pertama kepada yang suka merokok tuh, hentikan jelah yetak ? itulah yang banyak sekali membunuh, sambil bagi nafas kurang segar kepada orang lain. jadi, buat yang suka minum, hisap rokok tuh, cubalah berhenti, ada je cara nak berhenti merokok. Mungkin nak lebih best, korang boleh tengok video abang bawah ni yang berjaya berhenti merokok.




Atasi NAFAS TAK BEST ?

Ada beberapa petua yang bagus untuk diamalkan bagi nafas berbau. kena gosok gigi , minum dan sebagainya, tapi nak bagus lagi boleh follow dua khasiat makanan yang bagus.

  1. ZINK - selain dari meningkatkan antibody, kesuburan, dan metabolisme badan, zink sebenarnya bagus untuk mengatasi masalah nafas berbau.
  2. ALFALFA - alfalfa juga bagus untuk mengatasi masalah badan berbau, nafas berbau, selain dari 1001 khasiat yang ada dalam raja makanan ini.

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta

13. Nafas Berbau

3 comments:

  1. Da supliment ek utk atasi mslah mukut berbau..baru tahu nih

    ReplyDelete

  2. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan gusi. 

    ReplyDelete