Tuesday, March 10, 2015

Kita Bukan Sahaja Semakin Tua Malah Kita Semakin Pendek.

Kita bukan sahaja semakin tua malah kita semakin pendek.Pernah tak korang check ketinggian ? Tahu tak kalaukita semakin memendek atau ketinggian makin menurun itu adalah tanda tanda kita sedang mengalami osteoporosis

Terkejut kan.. Tapi tu adalah realiti. Kita tidak akan makin tinggi tapi semakin rendah..kenapa itu terjadi?

Kehilangan ketinggian adalah salah 1 proses semulajadi tanda penuaan.Sesetengah orang mula mengecut sedikit seawal 30 tahun . Kehilangan ketinggian yang terlalu mendadak merupakan isyarat yang kita mempunyai risiko tinggi mengalami masalah tulang pinggul, tulang belakang

Apabila usia meningkat, kita akan kehilangan kolagen, kalsium dan protein. Tulan yang normal mesti mempunyai kepadatan kolagen, protein dan kalsium yang tinggi. 

Apabila proses kehilangan ketinggian makin meningkat maka kita berisiko untuk mendapat osteoporosis dimana tulang akan lemah dan senang rapuh


kenapa kita makin pendek

Apa yang perlu kita lakukan bagi memastikan tulang kita kuat ?


  1. Kalsium - Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian. Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang. Dengan memastikan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu. Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi. Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
  2. Vitamin D - Vitamin D juga penting untuk kesihatan tulang, dan memiliki hubungan yang bertenaga dengan kalsium. Disarankan agar tubuh terkena paparan matahari selama 15 menit per hari. Namun, sinar matahari yang dimaksud adalah sinar yang sihat, di bawah pukul 9 pagi
  3. Kurangkan minum kopi - Terlalu banyak minum minumana berkafein mendorong pengeluaran kalsium dari dalam tubuh.
  4. Hati-hati dengan diet tinggi protein - Makanan tinggi protein boleh mencuri kalsium perlahan-lahan dari tulang. Ini kerana protein yang tinggi protein akan dipecahkan kepada komponen yang berasid. dan proses ini akan menggunakan kalsium yang ada dalam badan. Oleh demikian kita perlu meningkatkan pengambilan kalsium seharian

Jika anda seorang ibu pengambilan kalsium sangat la penting jika anda tidak mahu jadi seperti ibu ini yang menyebabkan gigi anak pun senang rosak, tercabut..So apa lagi jom check ketinggian sekarang !!!!

No comments:

Post a Comment