Saturday, March 28, 2015

Mata LEBAM Sebab POLITIK ?

Salam sejahtera semua, nampaknya, tajuk kali ini agak kontroversi sikit, hahaha, apalah, nampak sangat, bunyi nak komersialize kan blog, macam geng geng blogger ala siakap keli, ikan keli, pamapedia dan blogger blogger terkenal yang confirm terkenal seperti hanis zalikha.

Oklah, hari ni saya nak ceritalah sikit pasal mata lebam. Tapi ada juga ye cerita pasal eye bag, mata panda, dan macam-macam istilah yang pastinya membuatkan awek-awek diluar sana tak senang duduk melihat muka mereka yang tak berapa cunz tuh.



mata,lebam,shaklee,sakit


Tidur Tak Cukup ?

Biasalah , semua orang bila dikaitkan dengan mata lebam, semuanya kata pasal tak cukup tidur, tidur tak lena dan sebagainya. Tapi itu mungkin betul. Oklah, kalau camtu, nampaknya semua orang kena tidur awal, dan paling penting tidur berkualiti. So takdalah kesan hitam ala kungfu panda.


Faktor Usia ?

Dalam pembacaan yang saya buat, mata lebam nih dikaitakn dengan faktor usia. Masa muda kurang sikit mata lebamnya, tapi, ada yang kata bila usia dah meningkat, kesihatan tak terjaga, mulalah jadi mata lebam. Tapi saya rasa ada budak kecil pun ada sikit hitam kat kulit mata bawah. Hmmm, tapi nak katalah, faktor usia buat kulit kurang anjal, tu yang jadi tak cantik tuh.


Macam Mana Nak Atasi Mata Lebam ?

Oklah, berdasarkan dua faktor di atas nih, boleh disimpulkan beberapa tips yang mudah, sambil mengambil kira pembacaan, tapi sebenarnya banyak tips yang korang boleh baca, contohnya di sini. Tapi kali ni, saya nak share 2 solution nak buang mata lebam nih.

  1. Tidur Berkualiti - tingkatkan disiplin, jaga masa, makan suplemen yang bagus untuk tidur berkualiti seperti kalsium. Hoo, memang penting, barulah bertenaga dan badan rasa cergas selepas bangun.


  2. Rahsia Awet Muda - kulit yang dah lembik tuh, apa kata, korang rawat, amalkan jenis makanan yang bagus, suplemen awet muda yang termantop di pasaran. Barulah tak nampak dah mata lebam tuh

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta

15. Mata Lebam

2 comments:

  1. Mata lebam bnyak faktor sbnarnyA. Kene kawal emosi dan fizikal klau tak tak sihat lah jawapannyaa..

    ReplyDelete