Saturday, March 21, 2015

Susu Ibu BEBAS GST ?

Salam sejahtera semua. Lama dah tak update blog ni, bajet nak sekali sehari, last last, apapun tak update, hehehe. Tak bagus macam tuh, kena setiap hari update. Oklah, nampaknya hari ni, kita nak cerita sikit tentang kehebatan susu IBU . Apa yang power sangat ? Memang cool sangat ke ?


tips banyakkan susu ibu



Cecair EMAS ?

Hoo, memang hebat, oklah bila bercerita tentang viral terkini di facebook, ramai yang keluarkan satu gambar yang hebat, susunan molekul susu ibu yang diimbaskan melalui mikroskop. Ternyata ianya sangat mengkagumkan orang yang melihatnya. Banyak gambar itu telah diviralkan didalam blog-blog yang hebat

Tidak dapat DITIRU 

Hahha, itulah dia susu ibu, dengan kecanggihan moden sains, dan sebagainya, dengan lambakan produk susu diluar, ianya tak dapat nak gantikan keindahaan susu ibu ciptaan Allah. Memang dari segi semua aspek, kebaikan untuk bayi dan ibunya, susu ibu lebih baik dari susu formula yang tentunya mahal .

BEBAS GST ?

Kalau kita masih nak bergantung pada susu formula, yang akan kena GST, apa kata kita mantapkan penghasilan susu IBU, sebab ianya free dan bebas GST. Memang senang nak handle, husband tak perlu nak bancuh susu waktu malam. Time baby nak susu, boleh terus bagi sambil baring. Itulah kehebatan susu ibu yang bebas dari segala cukai dan GST.

Dilema SUSU IBU Merundum

Tapi benda yang paling tak cool sekali bagi para ibu, ialah dilema yang dialami oleh mereka. Bila nak cerita bab susu badan ini, memang perit, jangan kata yang kerja, yang duduk rumah pun akan alami masalah yang sama, susu ibu merundum, ditambah dengan stress. Memang dasyat. Jadi saya nak share juga beberapa tips yang penting dalam blog ni supaya anda peka.

  1. Ketahui langkah pertama - ini sangat penting, lepas anda lahirkan anak anda yang comel itu, anda sepatutnya dah bersedia, untuk menyusukannya. hooo, masa nilah baby nak kenal anda.
  2. Ambil makanan berkhasiat - ambil makanan berkhasiat, ia betul, jaga makan, ambil makanan yang power, makanan tambahan bagi badan anda sihat, kurang stress dan susu makin banyak.
  3. Ketahui KONSEP SEBENAR - hahaha, yang ni, setelah makan berkhasiat, anda kena sentiasa faham, konsep sebenar susu ibu ini, paling mudah tentu sekali konsep demand and supply, ini sangat penting.
  4. Dapatkan SOKONGAN SUAMI - sangat sangat penting, suami yang memahami lagi hensem (bonus) membantu banyak perkara dalam penyusuan susu ibu kepada anak anda.



Cabaran 31 Hari Mencari Cinta

14. Susu Ibu

No comments:

Post a Comment