Monday, May 4, 2015

7 Manfaat Minyak Kelapa Untuk Kesihatan

Mungkin kita semua cucu~cicit dah mengetahui bahawa pokok kelapa yang terkenal dalam kehidupan orang Melayu sejak temurun adalah sejenis pohon yang banyak kegunaannya. Namun buah kelapa pula mengandungi khasiat yang tidak ternilai kepada dunia kosmetik dan kesihatan manusia pada abad ini; seperti berikut: 


manfaat minyak kelapa

1. Sebagai Kegunaan Dalam Produk Kosmetik

Minyak kelapa berfungsi sebagai pelembab bagi segala jenis kulit, khususnya kulit kering dan kulit berkedut. Lemak yang terkandung dalam minyak kelapa juga membantu mengurangi kerutan dikulit muka. Selain itu minyak kelapa membantu mengatasi masalah kulit seperti psoriasis, dermatitis, eczema dan permasalahan kulit lainnya. Kini semakin banyak minyak kelapa digunakan dalam produk2 rawatan kulit di negara2 Barat.


2. Pelbagai guna sapuan dan Urutan/Massage

Minyak kelapa boleh digunakan sebagai sapuan dibahagian perut yang memulas, untuk meredakan kanak2 yang tidak mahu berhenti menangis dan sebagai minyak urut, terutama untuk mengurangkan rasa panas dalam badan.



3.Penyerapan Vitamin dan Zat Galian

Sari lemak dalam minyak kelapa mengandung elemen2 anti-bakteria yang boleh membantu membunuh virus dan parasit yang menyebabkan tekak loya, naluri ingin muntah atau rasa mual. Sari lemak dalam minyak kelapa itu juga membantu dalam menyerapkan vitamin dan zat2 mineral serta asid amino yang sangat berguna untuk menyihatkan tubuh badan. 


4. Membantu proses metabolisme tubuh

Oleh kerana minyak kelapa mengandungi kalori lemak yang amat rendah di dunia, maka ia telah terbukti dapat mencernakan proses metabolisme dalam tubuh badan untuk memberi tenaga /energy, meredakan radang tyroid; mengurangkan kandungan lemak dalam badan, menguatkan otot dan meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit (imunisasi). 


5. Penyembuhan luka

Kajian terbaru di Amerika Syarikat mendapati minyak kelapa jika disapukan kepada sebarang luka dikulit tubuh akan membentuk satu lapisan kimia tipis yang akan melindungi luka tersebut dari serangan bakteria atau kuman luar. Dengan cara ini minyak kelapa dapat mempercepat proses penyembuhan luka.


6. Merawat Rambut

Kini minyak kelapa merupakan salah satu produk paling ampuh untuk penyuburan rambut kerana kandungan proteinnya boleh memperbaiki rambut yang rusak, menghapuskan kelemumur dan merawat beberapa jenis masalah kulit kepala.

7. Sebagai Kumuran 

untuk menghilangkan bau nafas dan menguatkan kesihatan mulut serta gigi.


No comments:

Post a Comment