Thursday, May 21, 2015

Kenapa DIET kita GAGAL ?

Diet sering gagal kerana anda tidak mengamalkan strategi diet yang betul. Bagaimana ini berlaku? Normalnya individu yang obses dengan istilah "diet" ini akan mengambil keputusan untuk tidak makan itu dan ini, yang kononya makanan itu membawa kepada kegemukan. Dalam waktu yang sama mereka lebih gemar makan junk food di mana ia adalah makanan ringan tetapi kalori tersembunyi adalah tinggi. Anda perlu tahu, diet tidak seimbang, boleh menyumbang kepada 2 masalah:

♥ nutrisi tidak seimbang - boleh memudaratkan tubuh dan dihinggapi pelbagai penyakit
♥ kalori tidak seimbang - boleh menyebabkan masalah kegemukan

kenapa masih gemuk ?

STRATEGI DIET YANG BETUL

Anda perlu amalkan waktu makan yang tetap pada setiap hari, iaitu tidak terlalu awal atau tidak terlalu lewat bagi setiap sesi makan. Cadangan masa makan dan contoh makanan adalah seperti di bawah:

1) Sarapan pagi (6 - 8 pagi)
60% karbohidrat ~ contoh buahan, kurma, kismis atau makanan manis
25% protein ~ susu rendah lemak

2) Minum pagi atau alas perut (9 - 11 pagi)
45% karbohidrat ~ contoh roti gandum penuh dan oat
40% protein ~ telur rebus

3) Makan tengahari (12 - 2 petang)
45% karbohidrat ~ 1 - 3 genggam nasi (bergantung pada tujuan anda, naik, turun atau maintain berat)
30% protein ~ sayuran dan sumber protein (elak dari pengambilan makanan berminyak)
Minum air kosong bukan air manis

4) Minum petang (3 - 5 petang)
45% karbohidrat ~ sama seperti alas perut
40% protein ~ sama seperti alas perut

5) Makan malam (6 - 9 malam)
45% karbohidrat ~ sama seperti makan tengahari (kuantiti dikurangkan)
30% protein ~ sama seperti makan tengahari (kuantiti dikurangkan)

6) Supper (10 -12 malam)
45% karbohidrat ~ roti gandum penuh atau oat
40% protein ~ soy protein, susu rendah lemak

Perkara (1) hingga (6) merupakan cadangan sahaja, terpulang pada anda untuk mempelbagaikan menu mengikut kesesuaian.

BAGAIMANA DENGAN KALORI ANDA?


Kalori yang diperlukan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Secarapuratanya lelaki dan wanita Malaysia memerlukan:
1) Lelaki - 2250 kalori sehari
2) Wanita - 1800 kalori sehari


Bagaimana pula untuk mencapai target berat anda melalui jumlah pembakaran kalori? Anda boleh rujuk jadual seperti di bawah (untuk jangka masa sebulan):

1) Bakar 8,000 kalori - berat turun 1 kg
2) Bakar 16.000 kalori - berat turun 2kg
3) Bakar 24,000 kalori - berat turun 3kg
4) Bakar 32,000 kalori - berat turun 4kg
5) Bakar 40,000 kalori - berat turun 5kg
6) Bakar 80,000 kalori - berat turun 10kg



BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT BERAT YANG DIIMPIKAN?


Anda perlu setkan 'target' berat yang anda mahu turunkan dalam masa sebulan. Contoh kiraan adalah seperti di bawah:

Target penurunan berat dalam masa sebulan adalah 3kg
Ini bermakna anda perlu bakar 24,000 kalori dalam masa sebulan(seperti jadual di atas)

Untuk jangka masa sehari:
24,000 / 30 hari = 800 kalori sehari perlu di bakar

Untuk menurunkan 3kg dalam masa sebulan, anda perlukan kalori sebanyak:

Lelaki: 2250 - 800 = 1450 kalori
Anda memerlukan 1450 kalori sehari untuk mendapat target berat anda

Wanita: 1,800 - 800 = 1000 kalori
Anda memerlukan 1000 kalori sehari untuk mendapat target berat anda

Dalam hal ini, anda sememangnya perlu mengambil makanan yang mengenyangkan serta tahan lama dan ia mestilah mempunyai kalori yang rendah.

Nasihat saya, biarlah berat turun sedikit demi sedikit asalkan ia konsisten pada setiap bulan. Jika anda melakukan diet yang menyebabkan penuranan yang mendadak bimbang ia akan mengganggu tahap kesihatan anda.

Tidak lupa juga dengan senaman bina otot. Senaman ini bertujuan untuk memejalkan otot agar kulit anda tidak menggeleber jika anda berjaya menurunkan berat badan.

Pengambilan sumber protein yang cukup setiap hari adalah baik untukmengekalkan kepejalan otot serta untuk pembinaan tisu dan seldalam tubuh. Di harap info ini dapat membantu anda yang sedang mencari-cari cara betul untuk menurunkan berat badan.

2 comments:

  1. OOo baru tau sarapan pagi dengan minum pagi tu 2 benda berbeza. Lepas ni boleh la cuba diet cara sihat ni heheh

    ReplyDelete