Thursday, June 11, 2015

3 Punca Berat Badan Meningkat Semasa Hamil

Semasa hamil, ada ibu yang suka makan banyak, selepas dah habis musim alahan, ada yang makan dengan sewenang-wenangnya. Macam-macam makan dan tidak sedar  berat badan makin meningkat. Paling ditakuti ialah boleh kena GDM, atau diabetes. Jadi kena tahu juga punca-punca berat badan dan tips nak kawal selera makan nih.


hamil diabetes


3 Penyebab Berat Badan Naik

  1. Mengidam -Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini. 
  2. Tabiat - Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari, 
  3. Manis - Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gula-gula, aiskrin, coklat dan banyak lagi) 

5 Makanan Yang Bagus Untuk Ibu Hamil

Bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak, anda bolehla mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makan makanan berkalori tinggi. Di antara makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah :

  1. Sayur-sayuran - kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbonat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima
  2. Buah-buahan - Namun buah-buahan yang manis seperti anggur, durian, rambutan dan lain-lain hendaklah di makan hanya sedikit kerana mengandungi "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
  3. Karbohidrat kompleks seperti beras perang, bijirin penuh dan roti penuh
  4. Protein tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
  5. Air kosong.
sumber : vitasihat85

Artikel Menarik Tentang Kehamilan

Kalau anda nak betul-betul nak tahu tentang kehamilan yang sihat, anda patut pertimbangkan untuk membaca 3 artikel di bawah nih, sangat penting yang ketiga tuh:

2 comments:

  1. patutlah ibu hamil kebanyakkannya gemuk apabila mereka hamil.

    ReplyDelete