Thursday, June 4, 2015

3 Sebab Anda Kena Lepak Dekat Pantai

Memang kita time cuti hujung minggu, ambil masa bermalas-malasan di rumah, bak kata orang putih, rilek rilek kat rumah lagi bagus. Tapi anak anda mungkin bosan, dia kata jom kita pergi main. Anda nak bawa mereka pergi mana ? Apa kata kita lepak tepi pantai ? Macam lagu pop yeah yeah tuh keindahan pantai


sihat pantai


Jadi bila anak anda ajak lepak tepi pantai, janganlah kata pulak dia buang masa, anda kena tahu, ada 3 sebab anda kena lepak dekat pantai. Memang best kalau anda dapat semua manfaatnya:

1. Matahari

Panaslah kan lepak bawah matahari ? baik lepak dalam bilik berhawa dingin. Tapi sebenarnya vitamin D lah bagus untuk kesihatan. Itulah vitamin Free yang tuhan bagi kat manusia. Dalam kajian menyatakan vitamin D bagus untuk peningkatan hormon endorfin dan antibodi. Nak lagi best jugak vitamin D dikatakan bagus untuk sperma yang sihat dan aktif. Tapi kalau dah tengah hari sangat tuh, baiklah berhenti, terdedah lama sangat pun tak bagus juga. Datanglah pantai time pukul 7 sampai pukul 11 pagi, itupun kalau anda bangun awal.

2. Pasir

Bagus sebenarnya berjalan atas pasir. hoo, banyak kajian mengatakan manusia sekarang dah kurang berpijak pada bumi yang nyata. Bila berpijak dengan tak pakai kasut, itu akan menghasilkan tenaga bumi dan berinteraksi dengan aura bumi. Lagi bagus pulak, berjalan kaki atas pasir, lagi banyak kalori pakai, dari pakai kasut jalan atas jalan rata. Memang baguskan, untuk yang suka suasana lebih romantik, jalan dekat tepi pantai, sambil jalan , air laut datang mencuci kaki anda dan pasangan anda.

3. Renang

Jangan tak tahu, bila air laut, apa lagi berenanglah kan ? Air laut ni bagus, ada pelbagai mineral seperti magnesium,kalium dan iodin yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Nak lagi bagus, berenang ini bagus untuk jantung yang sihat. Lepas tu pulak sambil gelak gelak berenang boleh mengurangkan kemurungan dan stress di tempat kerja. 

sumber: medicaldaily

No comments:

Post a Comment