Sunday, July 5, 2015

8 Punca Banyak Peluh

Adakah anda pernah mengalami situasi dimana secara tiba-tiba sahaja mengeluarkan peluh secara berlebihan? Adakah anda mengetahui puncanya? Pengeluaran peluh yang berlebihan akan membuatkan anda berada didalam keadaan yang tidak selesa. Ia lebih merumitkan lagi sekiranya anda perlu menghadiri majlis formal atau anda memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk membersihkankan diri anda semula. Diharap selepas anda membaca artikel ini, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.



alfalfa shaklee


1. Meminum minuman yang mengandungi kafein/panas

Ia boleh memberi kesan kepada anda dengan dua cara. Pertama, kafein akan meransang sistem saraf pusat anda dan mengaktifkan sistem kalenjar peluh. Ia bermakna semakin banyak kandungan kafein yang anda ambil, semakin banyak peluh anda akan keluar. Kedua, haba daripada minuman yang panas boleh mempengaruhi tubuh anda untuk turut berasa panas. Ini akan menyebabkan anda akan mengeluarkan peluh secara berlebihan.

2.  Pemakaian kain sintetik

Pemakaian yang diperbuat daripada kain seperti polyester dan acrylic akan menyebabkan anda mengeluarkan peluh secara berlebihan. Cuba elakkan pemakaian seperti ini sekiranya anda perlu melakukan sesuatu yang penting. Tujuan utama berpeluh adalah untuk menyejukkan badan. Kain sintetik akan menghalang daripada peluh anda mengewap dan menyebabkan tubuh akan bekerja sendiri untuk cuba menyejukkannya. Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian daripada kain semulajadi seperti kapas dan sutera.

3.  Makanan pedas

Memakan makanan pedas juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anda mengeluarkan peluh secara berlebihan. Cuba elakkan sekiranya anda perlu melakukan sesuatu yang penting kerana ia mungkin akan mengganggu kualiti kerja anda.

4.  Pemakaian pelindung matahari

Ini berlaku kerana pelindung matahari akan menyukarkan pengeluaran peluh pada kulit anda, dan akan menyebabkan tubuh anda akan berasa lebih panas dan akan menghasilkan peluh yang berlebihan.

5.  PMS

Penurunan hormon estrogen secara mendadak akan menyebabkan perubahan terhadap suhu tubuh badan seseorang wanita. Ini akan menyebabkan mereka mengeluarkan peluh secara berlebihan.

6.  Alkohol

Alkohol akan menyebabkan tubuh seorang terhidrasi (kekurangan air). Ini akan menyebabkan peningkatan terhadap suhu badan dan menyebabkan pengeluaran peluh secara berlebihan.

7.  Rokok

Nikotin menyebabkan peningkatan terhadap kadar degupan jantung, tekanan darah, dan suhu badan yang kesemuanya akan menjadi punca terhadap pengeluaran peluh secara berlebihan.

8. Ubat-ubatan

Kesan daripada pengambilan ubat juga akan menyebabkan anda mengeluarkan peluh secara berlebihan. Ia berlaku kerana tindakbalas ubat yang mengaktifkan hormon didalam tubuh badan seseorang.

sumber: thebestvitamin

No comments:

Post a Comment