Wednesday, July 8, 2015

Apa Nak Buat Kalau Hamil Badan Lesu ?

Wanita bila dah hamil,memang ambil kesempatan nak badan lesu, mestilah, dalam trimester pertama, badan mesti letih, tak bermaya,penat, itu belum lagi manja dengan husband lagi. Oklah, kalau masa hamil dah badan lesu sangat, kenalah ikut tips kat bawah ini.



penat mengandung



1. Kena Faham Proses Awal Kehamilan

Kenalah faham, dalam proses awal kehamilan ini, badan ibu tengah dalam proses membuat uri (plasenta) yang sangat penting tumbesaran bayi . Masa ini memang hormon dan metabolisme ibu akan terganggu, sehingga gula dan tekanan akan menjadi rendah, sebab tulah para ibu boleh jadi sangat penat.

2.  Bersedia Menghadapi Morning Sickness

Paling kena tahan ialah Morning Sickness, biasanya bila dah muntah alah, itu yang membuatkan badan akan lebih penat, rasa malas nak makan, pening kepala. dan macam-macam lagi. Orang kata kena lawan dan sebagainnya, tapi itulah proses semula kebanyakan ibu yang comel.

3. Jaga Makan

Makan benda yang berkhasiat, janganlah makan benda yang tak sihat macam jajan, itu boleh sebabkan baby kena kuning, nak bagus, carilah makanan yang berkhasiat , termasuklah supplement untuk kesihatan ibu dan anak

4. Minum Air

Benda yang penting, untuk semua, kenalah minum air, bagi badan bertenaga, lagi-lagi saat nak hadapi loya dan muntah. Jadi air kena minum banyak.

Boleh Puasa ke Kalau Hamil ?

Bila sebut bab puasa, memang sukarlah, tapi kalau risau pasal kandungan, dibolehkan berbuka. Tapi jangan risau, kalau korang betul-betul nak berpuasa, apa kata tonton video akak kat bawah ini, dia bagi tips terbaik macam mana nak berpuasa semasa hamil.




Oh ye, jangan lupa, kalau nak hamil secara cergas dan sihat, jom amalkan tips di atas, nak lagi best apa kata amalkan tips permakanan yang sihat untuk hamil bertenaga, tak kisahlah puasa ke tak puasa, janji ibu dan baby sihat. Aminn

2 comments: