Sunday, August 16, 2015

Rawatan Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum semua. nampaknya bebaru ni, kami dapat banyak persoalan tentang rawatan tekanan darah tinggi. Hoo, memang betullah, rakyat malaysia ni memang ada masalah darah tinggi. Bahaya jugak ye, ianya memang berkait rapat dengan masalah jantung, kencing manis, strok dan macam-macam lagi. Jadi bagaimana rawatan terbaik yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia ? Jom baca lagi tips yang saya nak kongsi di bawah.


darah tinggi


Darah tinggi tak boleh dirawat ?

Mengikut pendapat dalam blog bloodpressureuk, memang ada jenis darah tinggi yang tidak boleh dirawat. Oh tidak kenapa ye ? Ada beberapa sebab yang menyebabkan darah tinggi sukar untuk dirawat. Salah satu adalah disebabkan oleh keturunan. Biasanya juga ianya disebabkan oleh gaya hidup atau masalah stress hipertensi dalam hidup seseorang. Ada juga jenis darah tinggi yang boleh dirawat, iaitu jika kita tahu apa masalah orang tersebut. Caranya sangat mudah, kita mesti merawat penyakit yang menyebabkan masalah darah tinggi terjadi. 

Apakah simtom biasa darah tinggi ?

Biasanya orang yang ada masalah darah tinggi akan rasa pening kepala, masalah penglihatan, dan juga akan rasa sakit dada dan sesak nafas. Kebanyakkan penyakit darah tinggi sukar dikesan, lagi-lagi jika ianya berlaku pada kanak-kanak, walaupun kanak-kanak jarang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Faktor tekanan kerja dan emosi juga boleh mempengaruhi masalah tekanan darah tinggi. Sebaiknya, lakukan pemeriksaan berkala supaya masalah ini dapat dikawal.

Punca tekanan darah tinggi dan rawatan

Seperti yang saya kata tadi di atas, darah tinggi boleh dirawat, jika kita tahu di mana puncanya, jadi saya akan senaraikan punca-punca darah tinggi, dan disusuli dengan rawatan yang berkesan, dan ini sedikit sebanyak membantu dapat mengurangkan darah tinggi .

1. Umur

Memang biasanya kebarangkalian untuk kita mendapat tekanan darah tinggi agak tinggi, disebabkan umur yang semakin meningkat. Ini terjadi disebabkan oleh arteri yang makin mengeras, kerana kolagen yang berkurang, dan juga sistem badan kita yang semakin lemah dimakan usia

Rawatan terbaik untuk mengatasi masalah umur ialah dengan mengambil supplement awet muda. Jadi ianya bagus sekurang-kurangnya untuk menjadikan badan kita lebih sihat dan kuat walaupun usia dah meningkat. Supplement seperti collagen shaklee dan vivix dapat membantu dari segi awet muda.

2. Bangsa

Masalah bangsa amat sukar untuk dirawati. Lagi lagi Africa Amerika lebih cenderung untuk mengalami masalah tekanan darah tinggi berbanding dengan caucasian. Jadi mereka lebih terdedah kepada penyakit kronik akibat tekanan darah tinggi

Sebaiknya mereka perlu amalkan gaya hidup yang sihat, permakanan yang baik , serta mengambil supplement yang bagus untuk DNA mereka iaitu vivix.

3. Sosioekonomi

Masalah sosiaekonomi juga mempengaruhi tekanan darah tinggi. Oklah, bukan semua orang miskin akan mengalami masalah tekanan darah tinggi, kerana mereka mungkin sukakan kerja mereka walaupun mengalami masalah kewangan. Ada juga orang bandar yang sering mengalami masalah di tempat kerja dan boleh menyebabkan stress dan seterusnya tekanan darah tinggi

Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengelakkan stress, dan bagusnya mengambil vitamin yang boleh mengurangkan stress seperti vitamin B-kompleks yang sangat bagus dan mempunyai faedah yang lain. Masalah kewangan pula dapat diselesaikan dengan menjaga dan mengawal kewangan dan belajar cara buat duit yang berkesan


4. Sejarah Keluarga

Memang di Malaysia, kebanyakkan penyakit darah tinggi ini seolah-olah dapat diwarisi oleh kaum keluarga. Memang kalau kita pergi ke klinik, mesti dia tanya ada tak family yang ada darah tinggi. Kebarangkalian seseorang anak mendapat darah tinggi memang berlaku jika dia mempunyai sejarah keluarga yang ada masalah yang sama

Seperti masalah bangsa di atas, tindakan terbaik untuk mengelak dari tekanan ialah dengan melakukan senaman , menjaga makan, dan juga selalu berjumpa doktor untuk mengesan masalah tekanan darah. Supplemen seperti vivix juga membantu untuk mencegah masalah darah tinggi.

5. Jantina

Dalam beberapa penelitian, kaum lelaki lebih mudah untuk mendapat darah tinggi berbanding perempuan. Faktor ini juga dipengaruhi oleh sejarah keluarga, sosioekonomi dan juga bangsa seperti yang dinyatakan di atas

Seeloknya, pemilihan supplemen dan juga gaya hidup sihat perlulah diamalkan oleh kaum lelaki untuk lebih sihat dan bergaya. Supplemen terbaik untuk kaum lelaki adalah vitamin E, antioksidan yang bagus untuk jantung yang sihat.


6. Berat Badan

Biasa dan biasa, orang yang berat badan berlebihan memang ada masalah darah tinggi, disebabkan oleh menyebabkan penyakit lain pula. Kurus memang boleh ada darah tinggi, tapi kalau dah gemuk, memang lagi tinggi kemungkinan.

Jadi apa yang penting ialah mesti kurangkan berat badan. Bagus untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Rajin-rajin senaman dan paling kurang pun mesti berjalan kaki dan kekal aktif, sambil menjaga permakanan. Selain itu pengambilan set kurus shaklee bagus untuk kesihatan yang berpanjangan.



kesan darah tinggi

7. Sensitif Kepada Garam

Biasanya ada juga diantara kita yang amat sensitif kepada garam. Pengambilan garam yang sedikit boleh menyebabkan darah tinggi. Biasanya memang lauk pauk dalam negara kita memang sedap dan garam pun banyak

Jadi pesakit darah tinggi akan kurangkan pengambilan garam. Makanan memang tak sedap, tapi garam berlebihan boleh menyebabkan darah tinggi , jika tidak dikawal boleh memudaratkan kesihatan.

8. Pengambilan Alkohol

Biasanya orang yang suka minum, ada kemungkinan mengalami darah tinggi, jadi cara paling senang ialah kena kurangkan minum alkohol ini. Lagi bagus , jangan minum, tak bagus untuk kesihatan anda.

9. Kurang Senaman

Memang bila kurang senaman, badan akan jadi malas, jantung tidak mengepam darah keseluruh badan, bila kurang bersenam, boleh sebabkan kolesterol tinggi dalam badan, dan juga boleh menyebabkan badan menjadi tidak sihat, dan boleh menjadi obesiti.

Sebaiknya, jalani hidup yang lebih aktif, rajin bersukan, tak pun cubalah buat senaman yang mudah seperti menaiki tangga atau banyakkan berjalan kaki.


10. Kolesterol Tinggi

Bahaya kolestrol tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Saluran darah tersumbat menyebabkan tekanan darah tinggi, selain itu juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti strok dan lemah jantung

Kurangkan kolesterol dalam badan dengan mengamalkan permakanan yang sihat. Supplemen terbaik mengawal kolesterol adalah dengan mengambil phytocol shaklee yang bagus untuk mengawal paras kolesterol dalam badan anda.


11. Merokok

Merokok juga dikatakan salah satu punca tekanan darah tinggi. Sebaiknya, kenalah berhenti merokok, memang bahaya untuk kesihatan anda. Jadi, kenalah usaha nak berhenti merokok. Vitamin terbaik untuk perokok adalah vitamin C, dan juga pengambilan vivix shaklee membantu perokok untuk berhenti

12. Kesan pengambilan ubat

Kesan pengambilan ubat juga boleh mengundang risiko tekanan darah meningkat, ada juga yang mengambil pil perancang boleh menyebabkan kesan darah tinggi, selain dari ubat doktor yang lain. jadi nasihat doktor amat penting, selain dari mengamalkan permakan yang sihat.

Darah Tinggi Ketika Hamil

Satu perkara yang ditakuti oleh ramai wanita yang mengandung ialah penyakit darah tinggi. Ada juga yang boleh menyebabkan kencing manis. Perkara ini memang biasa berlaku dikalangan wanita. Antara yang terbaik untuk mengawal darah tinggi untuk ibu hamil ialah menjaga permakanan, bersenam ringan, dan juga pengambilan supplemen seperti garlic complex dan ostematrix. Selain itu juga pengambilan omega guard bagus untuk mengawal berat badan ketika mengandungkan anak yang tersayang. 

Bahaya Tekanan Darah Tinggi Untuk Jantung

Bahayanya tekanan darah tinggi boleh menyebabkan serangan jantung. Jadi jantung manusia sangat penting untuk mengepam darah keseluruh badan. Penyebab utama serangan jantung boleh terjadi kerana berlakunya arteri tersumbat, dan boleh juga menyebabkan strok. Pengalaman ayah puan Ainul boleh dijadikan iktibar untuk mengelak pembedahan pintasan jantung yang memakan kos berpuluh ribu ringgit. 

Set Darah Tinggi Shaklee

Kebanyakkan vitamin Shaklee bagus untuk mengawal darah tinggi. Antara yang terbaik untuk mengurangkan darah tinggi ialah 2 vitamin di bawah, diamalkan selalu untuk kesihatan anda

  1. Garlic Complex - Garlic membantu mengawal tekanan darah normal, menggalakan kesihatan kardiovaskular dan juga mengurangkan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah
  2. Omega Guard - Kajian menunjukkan minyak Omega-3 dapat mengurangkan hipertensi. Ianya menunjukkan Omega-3 dapat menurunkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya

Testimonial : Tiada Lagi Masalah Darah Tinggi

Alhamdulilah, kalau tengok video dibawah menceritakan pengalaman en Fahmy yang berjaya mengurangkan tekanan darah tinggi, selain itu, badan dia pun dah bertambah kurus, dengan pengambilan vitamin shaklee serta gaya hidup yang sihat, melegakan isterinya yang sangat risau akan kesihatannya sebelum ini.




Jom ORDER Shaklee

Jika anda berminat untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi, hubungi kami seperti alamat di bawah, atau klik gambar di bawah untuk membuat pesanan secara online bagi mendapatkan vitamin utuk mengatasi masalah anda, jangan biarkan tekanan darah tinggi menghantui hidup anda.




Ainul Mustafa
013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com
http://www.facebook.com/DietDietSihat
http://jalanabadi172784.blogspot.com

2 comments:

  1. Saya setuju. Amalam gaya hidup yang sihat inshaAllah akan memanjangkan usia kita. After all, azam yang kuat sangat perlu disamping sokongan padu dari keluarga untuk kita kembali sihat dan cergas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana video tuan yang sungguh memberi inspirasi kepada masyarakat dunia

      Delete