Sunday, January 3, 2016

Ramai Pemegang Ijazah Tiada Kerja Di Malaysia dan Gaji Tak Setimpal ?

Semakin hari semakin kehidupan menghimpit kita. Dengan kenaikan harga barang, GST , tol naik, minyak naik. Cuba kira berapa banyak harga barang yang turun? Bukan sahaja harga barang keperluan malah harga rumah di Malaysia semakin hari semakin tak masuk akal harganya. Nak tak nak ikut adalah hakikat yang kita kena terima dan tempuh untuk masa masa akan datang.


buat duit extra



Mari kita kembali kepada realiti kehidupan. Kita terpaksa menerima hakikat kehidupan atau kita menikmati kehidupan dengan gembira.

Bagaimana mahu berikan wang saku kepada mak ayah, bagaimana hendak selesaikan hutang piutang. Jika sudah berkahwin perlukan kewangan yang stabil untuk anak anak. Memberikan yang terbaik untuk anak anak.  Isu yang dikatakan sering menghantui ramai orang:

1. Gaji

Belajar sampai PHD, kerja bagai nak gila tetapi gaji dok takat tu aje. masih sama. Setahun menunggu kenaikkan gaji. yang dapat tak sampai seratus ringgit. Pengalaman saya sendiri kerja di syarikat GLC 6 tahun bekerja gaji tak sampai RM10k pun. Itu pun kena bersaing dengan kaki kipas bos. KPI kena power. kalau tidak jangan bermimpi mahu dapat bonus, kenaikan besar . Masuk kerja 8pagi, balik 10malam pun gaji tetap sama ye.

2. Masa

Keluar pagi balik malam. Anak anak tinggal di nursery. Cuma kira berapa lama masa anak anak dengan kita. Lebih dengan pengasuh, cikgu di taska atau dengan kita. Pengalaman saya anak terpaksa kena tinggal setiap hari. Setiap hari sampai rumah jam 8malam. itu paling awal. Selalunya jam 10malam, 4 pagi pun pernah. Giler kerja untuk orang lain. 

3. Hutang

Gaji RM5000 la katakan. Bila masa gaji pagi buka M2U mata bersinar sinar gembira banyak angka dalam account. Bila petang menjelma mata makin kuyu bila nampak angka makin susut. Belum sampai masa gaji seterusnya angka sudah jadi negatif. Kenapa? banyak nak bayar hutang, bayar bil itu dan ini.

No comments:

Post a Comment