Tuesday, March 29, 2016

Bahaya Bentan Jika Tidak Dirawat


Apa sebenarnya bentan?





Bentan bermaksud badan kita mengalami sakit semula tak kira waktu bila pun. Ada ibu mengalami di awal atau akhir tempoh berpantang, ada juga yang terkena bentan selepas tamat tempoh berpantang 44 hari.


Kebanyakan wanita pernah terkena bentan. Ini kerana bentan boleh berlaku akibat tersalah makan benda yang tidak sesuai dengan tubuhnya. Atau juga mungkin tersepak benda keras secara tidak sengaja.


Jenis – jenis bentan.



#1 Bentan urat : sendi badan menggigil kesejukan walaupun cuaca panas, berlaku bisa- bisa urat, seluruh otot badan tegang dan badan menjadi lemah seperti demam. Punca berlakunya bentan urat kerana ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal yang lasak. Rawatan bertungku atau mandi wap herba boleh melegakan bentan urat.

#2 Bentan urat peranakan
: sakit pada bahagian ari-ari yang sederhana atau mungkin terlalu kuat sehingga mengakibatkan terjadi tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

#3 Bentan urat besar (pinggang): Kebiasannya bentan ini berlaku kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.


Bahaya Bentan Jika Tidak Dirawat


  1. Pening kepala sangat kuat / Pitam tiba2.. Makan panadol pun x sembuh.. Selalunya ini disebabkan bentan bau.. Dalam pantang wanita x boleh cium buah kuinin, jering, petai, org sembur racun.. (apa lagi kalau makan..!! Boleh kancing gigi atau bawa maut)
  2. Kancing gigi, mengigil , mulut berbuih, kejang badan.. Ini selalunya disebabkan oleh kena hujan dalam pantang, minum ais.. makan x berjaga.. (bukan semua makanan boleh makan dlm pantang), menarik benda dgn kuat macam mencabut rumput 
  3. Tumpah darah yg banyak.. Ini berpunca banyak sebab. Masalah rahim atau pendarahan. Antara lain buat sex dalam pantang, atau disebabkan makan makanan berbisa seperti ikan yg bersengat macam ikan keli, ikan pari & durian.. Kaki kena jaga sbb situ ada urat peranakan wanita.. Jika salah 1 urat kaki yg berkaitan peranakan tersadung juga menyebabkan darah keluar banyak..
  4. Gatal dan bengkak badan sampai panas kulit dan x boleh tidur. Ini sebabkan makan makan yg gatal dn allergy.. Kerang, ketam, sotong..


Tips Mengelakkan Bentan.


  1. Banyakkan berehat : jangan terlalu aktif /lasak especially ibu yang berpantang sendiri di rumah dan menguruskan anak- anak sendiri. Banyakkan rehat dan elakkan mengangkat objek berat. Mintalah banyuan daripadaa suami atau ibu untuk membantu anda di rumah.
  2. Elakkan jangkitan kuman: jaga kebersihan diri untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim dan saluran air kencing. Tukar pada sekerap yang mungkin untuk pastikan anda sentiasa bersih.
  3. Jaga pemakanan: paling penting please jaga makan. Sebab punca utama bentan adalah disebabkan pemakanan.Jangan culas makan vitamin! Ambilah vitamin yang tinggi dengan iron dan vitamin B bagi membantu penghasilan sel- sel darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Elakkan makanan yang ‘berbisa’ pada rahim,tajam, berangin dan bersifat sejuk seperti kangkung dan kacang panjang. Jangan lupa untuk makan set pantang mengikut aturan yang telah ditetapkan.
  4. Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal walaupun cuaca panas. Memang rasa agak ‘lemas’ tapi kena tahan:D
  5. Jangan berjalan laju: untuk elak daripada jahitan terbuka dan terlanggar benda keras yang boleh akibatkan bentan.
  6. Mandi dengan air suam : untuk elakkan badan menjadi sejuk dan urat kecut. Lagi best bila air tadi di campur dengan daun-daun herba. Sekarang ni dah ada jual paket air herba di kedai-kedai jamu boleh beli aje bagi ibu yang berpantang sendiri.
  7. Sentiasa bertungku untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan.




AinulMustafa
Certified Product Trainer 
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar


No comments:

Post a Comment