Saturday, May 28, 2016

Kepentingan Potassium Untuk Kesihatan

Potassium adalah mineral ketiga terbanyak dalam badan manusia. Kita tidak harus mengabaikan pengambilan potassium dalam diet harian kita. Selain dari bertindak sebagai electrolit, mineral ini diperlukan untuk mengekalkan jantung, otak, buah pinggang, tisu-tisu otot dan organ-organ penting yang lain dalam badan dalam keadaan baik. Potassium klorida ialah kelainan yang utama mineral ini. Potassium dan sodium menjalankan beberapa fungsi badan yang kritikal.


kepentingan potassium untuk kesihatan

TANDA-TANDA KEKURANGAN POTASSIUM

Kekurangan potassium di dalam diet akan mengakibatkan tanda-tanda seperti kelesuan dan otot-otot menjadi lemah, sel-sel pun jadi lemah( rasa tak larat, mudah jatuh, tidak mampu berdiri lama dan hilang semangat juang (will power). Tanda-tanda yang lain termasuklah tindakbalas refleks yang tidak aktif ( inactive reflexes ), denyutan jantung luarbiasa, anemia dan pening yang teruk. Seseorang itu juga boleh mengalami tekanan darah tinggi, sakit pada usus, bengkak pada gelenjar ( glands )dan kencing manis sebagai kesan serius kekurangan potassium.


SUMBER POTASSIUM

Makanan yang seimbang mesti mengandungi kuantiti potassium yang bersesuaian seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan. Dalam menyenaraikan sumber makanan penting yang kaya potassium,kita boleh bermula dengan buah-buahan citrus ( buah-buahan yang menghasilkan jus yang tinggi kandungan asidnya ), sayur-sayuran dan bijirin. Selain itu, ikan salmon, ayam, susu penuh, jus buah-buahan segar dan almonds dikenali sebagai sumber yang kaya dengan potassium. Kekacang, lima bean, ubi dan ternakan ayam dan itik ( susu dan daging )juga termasuk dalam senarai ini. Walau bagaimanapun, sumber potassium yang paling penting ialah pisang.

MANFAAT POTASSIUM.


  1. Angin ahmar ( stroke ) – Potassium memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi otak yang normal. Ia adalah sangat penting dalam mencegah berlakunya angin ahmar dalam otak manusia. Seseorang yang diserang penyakit ini biasanya didapati kekurangan potassium.
  2. Paras gula rendah dalam darah - Turunnya paras potassium dalam darah menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah. Jatuhnya paras gula dalam darah menyebabkan kita berpeluh, pening kepala, badan lemah, menggeletar dan cemas. Pengambilan potassium klorida dan sodium memberi kelegaan segera.
  3. Masalah otot – Potassium memainkan peranan penting dalam penguncupan otot. Jumlah potassium yang mencukupi diperlukan untuk penguncupan dan pengenduran otot. Kebanyakan ion potassium dalam badan manusia hadir dalam sel-sel otot. Ia mengekalkan fungsi otot dan mengoptimakan ( menjadikannya paling baik ) sistem saraf.
  4. Kekejangan otot – Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan potassium di dalam darah. Ia juga dipanggil hypokalemia. Dengan memakan sebiji pisang setiap hari mencegah kekejangan otot. Pisang adalah kaya dengan potassium.
  5. Fungsi otak – Saluran-saluran potassium memainkan peranan penting untuk mengekalkan pengaliran elektrik pada otak dan seterusnya memberi kesan pada fungsi otak.Ia juga terlibat dengan fungsi otak yang lebih rumit seperti daya ingatan dan pembelajaran. Penyakit yang serius seperti epilepsy berkaitan dengan fungsi saluran-saluran potassium.
  6. Tekanan darah – Potassium dapat membantu mengurangkan kesan sodium dalam mengakibatkan tekanan darah yang tidak stabil.Ia bertindak sebagai komponen yang penting dalam mengekalkan tekanan darah yang normal dalam badan manusia. Jadi, ia mengurangkan lagi kemungkinan menghidapi sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Mineral ini berfungsi menstabilkan tekanan darah.
  7. Keresahan dan tekanan – Potassium adalah amat penting kepada orang yang mengalami keadaan mental yang tidak diingini seperti keresahan dan tekanan. Ia dianggap sebagai penghapus tekanan yang sempurna. Oleh itu, ia memastikan fungsi otak yang berkesan.
  8. Kekuatan otot – Inilah manfaat potassium yang amat dihargai. Ia memastikan pertumbuhan tisu-tisu otot dan penggunaan tenaga yang dibebaskan semasa metabolisme dengan baik.Ini menambahkan lagi kepentingannya dalam kekuatan otot. Otot-otot ini termasuk otot jantung adalah terdedah kepada bahaya lumpuh ( paralysis ) disebabkan kekurangan potassium dalam makanan.
  9. Metabolisme - Ia membantu dalam proses metabolik berbagai zat seperti lemak, protein dan karbohidrat. Jadi, potassium amat bernilai dalam menyerap tenaga dari zat-zat yang dimakan manusia.
  10. Masalah jantung dan buah pinggang – Manfaat potassium mengekalkan kesihatan yang baik untuk jantung dan buah pinggang. Ia memainkan peranan yang tiada gantinya dalam melancarkan perjalanan jantung dan buah pinggang. Selain daripada itu, potassium membantu buah pinggang mengeluarkan sisa-sisa buangan melalui proses perkumuhan. Adalah dinasihati supaya nasihat doktor diperolehi untuk mendapatkan cadangan tentang dos.
  11. Imbangan air – Potassium mempunyai satu lagi peranan penting iaitu mengekalkan imbangan air yang diperlukan dalam badan. Terdapat berbagai-bagai sel yang memerlukan imbangan air yang baik untuk berfungsi. Potassium membantu sel-sel ini mendapatkan imbangan airnya.
  12. Elektrolit ( Electrolyte ) – Potassium memainkan peranan yang penting sebagai elektrolit( sejenis cecair di mana arus elektrik mengalirmelaluinya ). Ia membantu dalam mengawal tahap cecair ( fluids ) dalam badan. Ia juga melakukan beberapa fungsi badan yang kritikal.
  13. Sistem saraf - Potassium membantu meningkatkan tindakbalas saraf untuk menghantar pesanan dari satu sel ke sel yang lain. Seterusnya, ia membantu penguncupan otot dalam melakukan pelbagai aktiviti harian.

1 comment:

  1. New Diet Taps into Revolutionary Plan to Help Dieters Lose 23 Pounds within Only 21 Days!

    ReplyDelete