Wednesday, August 3, 2016

Bolehkah Pesakit Tibi/ Batuk Kering Sembuh?


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan setiap tahun kira-kira satu pertiga penduduk dunia dijangkiti tibi dan daripada jumlah itu lebih sembilan juta orang jatuh sakit. Malah setiap tahun hampir dua juta kematian berkaitan tibi dilaporkan di seluruh dunia dan tibi menjadi pembunuh utama di kalangan individu yang dijangkiti virus HIV.


Tibi tidak popular kerana dianggap sebagai penyakit kuno tetapi ia masih menjadi ancaman kerana tanpa rawatan, seseorang yang jatuh sakit akibat jangkitan tibi boleh meninggal dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang mengalami beban tibi sederhana dan ini bermakna ada banyak tindakan yang perlu diambil untuk menangani penyakit ini.




Siapa berisiko mendapat jangkitan tibi?

Semua orang, terutama golongan tua (65 tahun ke atas) dan kanak-kanak di bawah lima tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan seseorang. Di negara kita, hampir 65 peratus pesakit tibi berumur dalam lingkungan 35 hingga 50 tahun.




Bagaimana bakteria penyebab tibi merebak?


Ia merebak melalui udara apabila titisan cecair mulut atau hidung individu yang dijangkiti terpercik ke udara - sama ada ketika bercakap, batuk, bersin, ketawa atau menyanyi. Apabila bakteria ini masuk ke dalam badan seseorang, ia akan menyerang paru-paru.



Adakah setiap orang yang dijangkiti bakteria penyebab tibi akan sakit?


Jika anda mendapat jangkitan, tidak bermakna anda akan menghidap tibi kerana dalam keadaan biasa, sistem imun badan baik boleh menghapuskan bakteria ini dengan mudah. Sebaik memasuki badan, bakteria penyebab tibi boleh hidup bertahun-tahun lamanya dalam badan kita tanpa menimbulkan masalah dan individu begini dikelaskan sebagai pembawa kuman dan mereka tidak akan menjangkiti orang lain.

Seseorang hanya dikelaskan sebagai pesakit tibi apabila jangkitan itu membuatkan dia sakit. Dalam keadaan begini (sakit) individu berkenaan boleh menjangkiti orang di sekelilingnya jika tidak diberi rawatan segera. Satu daripada 10 pesakit tibi sakit teruk apabila penyakit menjadi aktif (fasa paling mudah berjangkit) dan jika tidak dirawat, ia boleh menjangkiti 10 hingga 15 orang setahun.



Apakah tanda-tanda seseorang menghidap tibi?


Antara tandanya ialah batuk berterusan melebihi dua minggu dan tidak sembuh dengan rawatan ubat batuk biasa; batuk berkahak (berdarah); demam dan berpeluh, terutama pada sebelah petang dan malam; hilang selera makan dan susut berat badan; sakit dada apabila batuk atau ketika menarik nafas panjang; mudah letih; degupan jantung menjadi pantas dan bengkak pada leher (apabila nodus limfa pada leher dijangkiti).



Apabila dijangkiti, apa yang berlaku?


Penyakit tibi berlaku dalam dua keadaan. Pertama, bakteria penyebab tibi hidup dalam paru-paru seseorang selama lima hingga tujuh tahun secara tidak aktif dan tidak menimbulkan gejala hingga individu berkenaan mengalami masalah kesihatan yang melemahkan sistem imunnya seperti kencing manis. Apabila ini berlaku, bakteria penyebab tibi mula menyerang paru-paru secara aktif.
Kedua, serangan kuman tibi berlaku dengan cepat dalam masa beberapa minggu selepas dijangkiti. Ini biasanya berlaku pada pesakit yang mengalami masalah lemah daya tahan badan seperti pesakit Aids.

Bakteria tibi boleh menjadi aktif sekiranya daya ketahanan badan seseorang tidak mampu menyekat pembiakannya. Serangan bakteria tibi boleh merebak ke seluruh badan. Jika koloni bakteria banyak di paru-paru, ia boleh menyebabkan paru-paru berlubang.




Perbezaan antara pembawa bakteria tibi dengan pesakit tibi:


a. Pembawa bakteria tibi - tidak mengalami gejala, tidak jatuh sakit, tidak akan menjangkiti orang lain, biasanya menunjukkan keputusan positif dengan ujian kulit atau darah untuk tibi, mempunyai keputusan normal untuk ujian sinar-X dada dan keputusan negatif bagi ujian lumuran atau kultur air liur.

b. Pesakit tibi - Mengalami gejala (seperti yang disenarai di atas); boleh menjangkiti orang lain, menunjukkan keputusan positif untuk ujian darah atau kulit untuk tibi; keputusan tidak normal untuk ujian sinar-X dada dan keputusan positif bagi ujian lumuran atau kultur air liur.



Bagaimana VIVIX Membantu Pesakit Tibi Kembali Sihat ?




Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.

Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.










Saya sedang mendapatkan rawatan doktor boleh ke ambil vivix?

Jika anda senang menerima rawatan doktor sila teruskan dan makan ubat yang doktor berikan. Pengambilan vivix adalah digalakkan untuk membantu kuatkan sistem imun badan kita. 

Pengambilan ubat dan vivix harus dijarakkan min 3jam. VIVIX adalah makanan bukan ubat. Makanan yang bantu kuatkan askar askar badan kita melawan kuman tibi




Bagaimana mahu membeli vitamin VIVIX ini?


Cara 1

Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


Cara 2


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar




No comments:

Post a Comment