Tuesday, October 18, 2016

Cara Mudah Rawat ULSER

Kesakitan teramat sehingga kadang kala sukar menguyah makanan atau berkomunikasi pasti menyebabkan emosi seseorang itu terganggu.

Ulser di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh mengalami ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan antara punca ulser.

Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.

Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.

Apabila berlaku ulser, seseorang mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih pada bahagian mulut terutama di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak terbabit berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah di sekitarnya.

Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan kepada produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.

Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang menjaga kebersihan mulut agar tidak mendapat ulser yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan.

Rasa sakit, pedih dan perit sehingga kadangkala sukar untuk menelan atau mengunyah makanan pasti dirasai setiap kali ulser mulut menyerang.

Memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar sembuh kerana ia bergantung kepada lokasi ulser. Keadaan itu mengganggu keupayaan untuk makan dan bercakap sehingga mengganggu emosi individu itu akibat menahan kesakitan.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, selain ubatan yang boleh didapati di klinik atau farmasi, terdapat beberapa kaedah menggunakan bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi merawat ulser.

“Boleh menggunakan madu dan minyak kelapa kerana madu ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi.

“Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru,” katanya.

Dr Zubaidi berkata, madu juga antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut. Caranya dengan menyapukan sedikit madu pada ulser atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk untuk digunakan pada kawasan yang terjejas.

“Lakukannya secara konsisten sehingga ulser itu mulai sembuh,” ujarnya.

Tambahnya, penggunaan minyak kelapa dan air kelapa sangat berguna dalam merawat ulser. Caranya berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser.

“Walaupun tidak dirawat, ulser mulut biasanya akan hilang dalam masa seminggu atau dua minggu. Namun jika ulser tidak sembuh dalam tempoh berkenaan, ia mungkin petanda masalah yang lebih bahaya,” katanya.

Bertemu dengan doktor berhampiran bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain apabila ulser lambat sembuh.

sumber : metro

2 comments:

  1. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram Kaw Kaw Ni pak, baik buat business shaklee,

      Delete