Thursday, February 23, 2017

18 Simptom Selepas Bersalin Yang Boleh Membahayakan Nyawa Anda

Selepas bersalin, sedikit pendarahan, ketidakselesaan dan keletihan adalah perkara biasa. Masa, berehat dan menjaga diri lazimnya mencukupi untuk diri anda sembuh. Walau bagaimanapun, kadang kala situasi kecemasan boleh berlaku dalam beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Rawatan segera mungkin boleh mengelakkan penyakit menjadi teruk dan mempercepatkan pemulihan anda.

Selepas bersalin, tanyalah doktor anda bagaimana anda boleh dapatkan rawatan perubatan kecemasan sekiranya anda memerlukannya. Pastikan butian itu ditulis di tempat yang selamat dan ahli keluarga anda tahu tempatnya. Ini dapat membantu kakitangan ambulan memberi rawatan yang sepatutnya dengan segera.


simptom selepas bersalin yang boleh membahayakan nyawa anda

SIMPTOM SELEPAS BERSALIN YANG PERLUKAN RAWATAN KECEMASAN SEGERA ?


1. Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku (pendarahan postpartum)

Ini mungkin diikuti dengan tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Jika pendarahan semakin banyak, dan tuala wanita anda lencun dalam sejam, atau darah beku lebih besar dari saiz syiling 50 sen, hubungi 999 dan minta ambulans atau pergi ke hospital dengan segera.

2. Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan

Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidura atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri. Anda patut menghubungi doktor anda secepat mungkin, agar dinilai melalui telefon atau secara berhadapan, jika perlu.

Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya. Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut bersama sakit kepala, hubungi 999 dan minta ambulans datang atau pergi ke hospital dengan serta-merta.

3. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Tekanan darah anda perlu diambil sekali lagi dalam masa empat jam jika anda tiada tanda-tanda lain.

Jika anda mengalami tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya, anda harus menghubungi 999 dan minta ambulans datang atau pergi ke hospital dengan serta-merta.

4. Sakit di bahagian atas abdomen

Anda mungkin mempunyai keadaan yang jarang berlaku dipanggil sindrom HELLP jika anda melahirkan kira-kira 48 jam lalu dan mempunyai tanda-tanda berikut: berasa amat penat; muntah, dan berasa loya; merasa kelembutan atau sakit di bahagian atas abdomen.

HELLP menjejaskan fungsi hati anda dan bagaimana darah anda membeku. Anda juga mungkin merasa seperti anda mendapat selesema. Gejala-gejala ini perlu diperiksa segera, jadi anda perlu hubungi doktor anda atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat (A & E).

5. Nafas pendek

Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, anda perlukan bantuan segera. Ia mungkin tanda darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari). Hubungi doktor anda dengan segera.

6. Sakit dada

Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, hubungi doktor anda atau segera pergi ke hospital.

7. Sakit betis

Kesakitan pada betis mungkin trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah di pelipat, dan rasa berat atau panas di tempat darah beku. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda dengan segera.

8. Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah

Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum. Tanda-tanda kecil boleh berubah menjadi sakit mental yang serius dalam beberapa jam, jadi penting mendapatkan rawatan segera. Hubungi doktor anda dengan segera.

9. Demam yang sangat panas (38 darjah C)

Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera.

Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada ruang antara vagina dah rektum anda (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda. Jika anda ada jangkitan di dalam rahim, anda akan sakit di bahagian perut dan/ atau rembesan/ discaj faraj yang busuk (lokia). Hubungi doktor anda dengan segera.

10 . Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin

Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar. Jika anda di rumah, mandi air panas boleh membantu. Jika anda masih gagal membuang air kecil, hubungi doktor anda segera.

KEADAAN CEMAS YANG BOLEH DITANGGUH SEHINGGA PAGI


11. Rembesan faraj yang berbau busuk

Ini boleh jadi tanda jangkitan pada rahim atau faraj.


12. Sakit perut

Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum.


13. Buasir yang teruk atau bengkak

Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Jika anda mengalami buasir yang teruk atau pendarahan dari dubur, mintalah bantuan doktor.

14. Kemurungan yang kekal selepas beberapa hari

Adalah normal untuk merasa muram, sedih, letih atau bimbang dalam masa tiga hingga lima hari selepas melahirkan anak. Kemurungan ini biasanya hilang dalam beberapa jam atau hari. Tetapi jika anda terus berasa murung, dan tidak menikmati pengalaman menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin (meroyan). Bercakap dengan doktor dan keluarga anda, supaya mereka boleh membantu mencari bantuan dan sokongan yang anda perlukan.


15. Berfikir hendak membunuh diri

Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, dapatkan bantuan dengan segera. Berfikiran sebegini tidak bermakna anda ibu yang tidak baik atau bayi anda akan diambil dari anda jika anda memberitahu perasaan anda pada orang lain. Hubungilah doktor, teman atau ahli keluarga supaya mereka boleh menbantu anda. Anda akan diberi sokongan untuk menjaga anda dan bayi anda


16. Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk

Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.

17. Peninjaan tidak terkawal

Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal membuang air besar). Beritahulah doktor anda dengan segera.

18. Sembelit

Ia mungkin mengambil masa beberapa hari selepas bersalin sebelum anda rasa perlu buang air besar. Jika anda belum membuang air besar dalam tiga hari, dan mengalami rasa sembelit dan tidak selesa, beritahu doktor anda agar ia tidak menjadi lebih teruk.


PENGALAMAN PUAN AINUL MALIK BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE


Baru ku faham apa yang dimaksudkan orang tua "waktu berpantang tu, jagalah pantang betul-betul

Dah beranak tiga ni secara ceaserean ni, dan ditambah dengan faktor umur sekarang sebenarnya memang wajib dengar cakap orang tua-tua; rehat betul-betul, jaga pantang, jaga makan, jangan keluar waktu pantang, jangan main air waktu pantang. Dulu memang faham, TAPI faham atas dasarnya saja, sekarang memang DAH FAHAM sepenuhnya.

9 bulan kita mengandung dan mengumpul hormon mengandung yang sangat tinggi, tiba-tiba nak hormon jadi normal sempurna dalam waktu yang pendek, "MEMANG TAK,LA" orang cakap, mihmihmih. Ya, boleh memang boleh, dengan jaga pantang seketat-ketatnya, ikut aturan berpantang, tetapi bukannya terus OK sebaik saja dua tiga minggu berpantang tu.


berpantang dengan vivix shaklee


Disebabkan perubahan hormon inilah, ia memang mengganggu sistem dalaman wanita ini seadanya. Boleh menyebabkan mood swing secara TIDAK SENGAJA, mengganggu emosi TANPA SI WANITA SEDAR, dan mempengaruhi tingkahlakunya.

Ini sangat serius, okeh. Boleh mengganggu keamanan rumahtangga.

Nak minta suami faham, sama lah kes dengan nak minta KITA FAHAM KENAPA KENA JAGA PANTANG BETUL-BETUL tu, selagi belum berlaku apa-apa depan mata, memang manusia susah nak paham-paham. 

Takperlulah paksa bagai, memang orang cakap, selagi tak kena dekat batang hidung memang tak akan faham! Setakat nak bagitahu suami, teorinya, praktikalnya, apa jadi itu, apa jadi ini, nanti kena tolong sidai baju, kena tolong kemas rumah, kena tolong jagakan anak-anak lain, mereka boleh buat, tapi tak akan faham, kenapa tiba-tiba kita memang tak boleh nak handle benda-benda rutin wanita ni seperti azalinya. Kenapa nak depend pada suami pulak tiba-tiba. Kenapa sebelum ini dari takpernah kena sidai kain, terpaksa dipujuk rayu isteri untuk tolong sidaikan kain dan sebagainya.

Ya, berkaitan dengan "dalaman wanita" tadi yang baru nak pulih luar dan dalam, secara beransur-ansur.

Sebab tu, orang kata, elakkan bentan, elakkan meroyan, elakkan angin, elak tu, elak ni, sebab, ia akan mengganggu PERSONALITI wanita itu secara tiba-tiba yang mendatangkan tanda tanya diri wanita tu sendiri, suami dan orang sekeliling.

Haish, susah kan nak explain benda yang taknampak ni? 

Jadi, berbalik pada point asal saya tadi, jaga pantang betul-betul tu, saya dah bersedia untuk anak yang ketiga ini, nekad untuk MEMULIHKAN LUKA OPERATE ni sebaik-baiknya, sebab, saya dah tahu, akibat dari rasa sakit yang tak terperi tu nanti, ia akan mengundang macam-macam lagi masalah lain yang pasti timbul. Iaitu masalah tenaga, masalah nak menyusukan anak, masalah nak elokkan hormon, masalah nak nifas dan haid, masalah emosi sendiri, masalah meroyan sendiri, masalah LUPA INGATAN (heiii, ini saya mengaku saya alaminya, tak tahulah encik suami Mohd Q Razali stress ke tak pelik nape isteri dia ni jadi pelupa yang amat lepas berpantang ni hahahahha, sebab ia memang realiti, tau).

Saya TERPAKSA ambil Vivix sebab saya dah tahu lepas habis je ubat bius nanti, mulalah tempoh anda menanggung kesakitan otot-otot perut akibat dipotong berlapis-lapis di tempat luka yang sama, sakit luka kawasan bawah akibat saluran air kecil yang dipasang juga mendatangkan stress bila nak membuang, kesakitan tulang belakang hingga ke kepala bila ambil bius tulang belakang, sakit dan lenguhnya badan untuk berbaring dengan sempurna, tak campur lagi nak setelkan masalah penyusuan yang jadi faktor no 1 wanita berpantang akan stress dan sakit. Bengkak susu lah, itu lah, ini lah.

Nak anak ni decision sendiri, kan? Allah dah bagi rezeki dan amanah ini, kita terima dengan hati terbuka dan jaga amanah betul-betul. Ha.. kita bertanggungjawab atas apa yang kita mahu, KITA BANTU BADAN untuk pulih luka luar dan dalam dengan sebaik-baiknya. 

Saya memang rasai kesan utama Vivix sejurus selepas mengambilnya. Alhamdulillah, antara tiga kelahiran anak-anak secara ceserean ini, kelahiran ketiga ini yang paling saya kuat. Kuat bukan kata terus nak bangun buat kerja, ronda-ronda ok...(ingat, jaga pantang betul-betul). Dah tak ada rasa perut menggeletar-geletar bila nak bangun dari katil, otot ditarik-tarik, jahitan rasa berdenyut-denyut dan kesakitan-kesakitan serius yang pernah saya rasai masa anak pertama.

Tapi, Vivix ni bukan magic pulak, bila makan terus boleh melompat. No no no!

Kenapa tindakannya cepat? Kerana ia bertindak terus ke dalam DNA kita untuk memulihkan segala kerosakan pada sel, termasuklah aktiviti sel tu sendiri. Jika sel sihat, semua proses berjalan lancar, tisu-tisu badan cepat pulih semula, proses keseimbangan hormon bakal diaturkan dengan elok semula, ketidakcukupan nutrisi lain akan di top up oleh antioksidan tinggi Vivix ni sebaik yang mungkin.

Ia tidak mengandungi dadah. 100% semulajadi. Ia juga meningkatkan metabolisma badan, membantu menyerikan wajah, menambahkan tenaga kepada sel yang mempengaruhi tenaga dalaman kita sendiri serta membantu kita untuk mengawal mood dengan baik.

Jangan berkira dengan diri sendiri, kerana kita sendiri berhak untuk menikmati bahagia di dunia yang sebentar cuma ini, selebihnya nanti masa kita akan "lama di dunia sana". 

Alhamdulillah, saya memang berpuas hati sangat berpantang dengan Vivix kali ini. Dan saya menjaga adab-adab berpantang, tidak makan makanan berangin, minum air panas, berstokin dan sebagainya. Perkara ini sangat penting juga untuk kesembuhan kita.

Bila hati senang, bolehlah fokus pada penyusuan anak dan dari sini bonding bersama anak baru anak terjalin. Syukur juga, Vivix tidak mengganggu penyusuan anak saya. Malahan, lebih bertenaga untuk menguruskan kerja-kerja seperti biasa selepas berpantang ini dengan bantuan suami.

Syukur, saya ditemukan dengan lelaki yang macho tetapi dalam hati ada taman.
Terima kasih bang, jaga saya elok-elok masa berpantang. Terima kasih Mak Mertua saya yang paling lama menjaga saya dalam tempoh berpantang, semua faktor-faktor ni mempengaruhi juga kesembuhan wanita dalam berpantang.

Yang paling pasti, saya sangat-sangat berpuas hati dapat berpantang dengan Vivix dan menurut Doktor Gynea, luka saya memang nampak cantik dan sembuh. Masa follow up pertama dengan Doktor ini, siap dikomennya "Eh, awak ni dah sebulan pantang ke? Nampak bertenaga dan segar je?"

Soal kesihatan jangan dibawa main ya. Pilih supplement bukan sebagai trend, tetapi supplement sebagai penambah segala nutrisi yang tak cukup di dalam badan ni.

Saya pilih Vivix untuk sihat selepas bersalin. Alhamdulillah.

TESTIMONIAL BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE

luka bersalin sembuh dengan vivix


vivix selepas berpantang badan sihat


susu badan banyak berpantang dengan vivix shaklee


elak bentan dengan vivix shaklee


luka pembedahan cepat sembuh dengan vivix shaklee


DAPATKAN VIVIX SHAKLEE SEKARANG

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.


Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717


No comments:

Post a Comment