Saturday, February 25, 2017

Cara Hilangkan Sakit Belakang Dengan Mudah

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3. TESTIMONI 7 : NURFAEZAH BT. MOHD ZULKIFLI . [KEJANG KAKI DAN SEMBELIT HILANG SEMASA HAMIL, SUSU MERIAH KETIKA BERPANTANG, TIADA LAGI SAKIT BELAKANG, JERAWAT SEMAKIN PUDAR , KULIT SEMAKIN CERAH]


masalah sakit belakang hilang dengan vivix shaklee


MASALAH KEJANG KAKI

Assalamualaikum wbt. Saya Nurfaezah Binti Mohd Zulkifli. Berumur 28 tahun dan berasal dari negeri Pulau Pinang. Saya bekerja sebagai Procurement Executive di sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah hasil dari perkahwinan saya bersama suami tercinta kami telah dikurniakan seorang puteri yang comel .

Al-kisahnya, saya telah mengalami masalah kejang kaki dan sembelit yang teruk semasa hamil dan kurang susu badan ketika berpantang. Selain itu, saya juga turut mengalami sakit di bahagian belakang bahu kanan akibat kemalangan jalan raya sejak 3 tahun yang lalu.

Saya mengalami kejang kaki yang teruk di bahagian kaki kanan pada setiap malam bermula sejak usia kandungan saya mencecah 6 bulan. Pada masa yang sama saya sering merasakan sakit yang berdenyut-denyut di bahagian belakang bahu kanan saya. Tetapi saya tidak pernah berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang sakit yang saya alami.

Saya telah mencuba pil kalsium yang dibeli dari farmasi namun kejang kaki masih juga berlaku. Agak perit untuk saya lalui kesakitan yang saya alami setiap hari membuatkan saya mencari ikhtiar untuk mencuba suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah kesihatan saya pada masa itu. 

OSTEMATRIX  SHAKLEE

Pada suatu hari, saya tertarik dengan satu entry blog dari penulis Emalinmohd.blogspot.my yang menerangkan bagaimana Ostematrix Shaklee mampu mangatasi masalah kejang kaki dan sembelit buat ibu hamil. Saya terus nekad untuk mencuba dan menghubungi beliau. 

Beliau iaitu Pn Emalin Mohd telah mencadangkan pengambilan Ostematrix untuk masalah kejang kaki dan sembelit yang saya alami. Saya akui saya amat terkejut dengan kesan pengambilan Ostematrix seawal 2 hari saya sudah tidak lagi mengalami mimpi ngeri dengan masalah kejang kaki dan sembelit saya. Saya meneruskan pengambilan Ostematrix sehinggalah saya bersalin dan berpantang kerana saya yakin Ostematrix mampu memberikan kalsium yang secukupnya untuk tubuh badan saya sambil menyusu badan. 

MASALAH KEKURANGAN SUSU BADAN

Apabila berpantang saya mengalami masalah kekurangan susu badan dan membuatkan saya menambah set penyusuan ketika berpantang iaitu ESP, Alfalfa Complex, Omega Guard dan Vitamin C. Sebelum pengambilan set penyususan, susu yang dapat diperah hanya 1-2 oz untuk setiap sesi perahan. Selepas pengambilan set penyususan selama seminggu, saya seronok tak terhingga kerana mampu mengumpul sebanyak 8-10 oz untuk setiap sesi perahan. Alhamdulilah susu saya semakin meriah dan mampu menyimpan stok susu yang cukup untuk bayi saya. 

MASALAH SAKIT BELAKANG

Saya mula consume Vivix setelah bayi saya berusia 7 bulan. Pengambilan Vivix dalam masa hanya 4-5 hari membuatkan saya rasa amat terkejut kerana sakit di bahagian belakang bahu kanan yang saya alami sejak 3 tahun yang lalu telah sembuh dan tiada lagi rasa berdenyut yang pedih. Padahal sebelum consume Vivix hamper setiap malam saya pasti akan minta tolong hubby urutkan belakang bahu saya yang sakit. Asalnya saya cuba amalkan Vivix untuk sakit belakang yang saya alami tetapi saya tidak menyangka yang Vivix mampu membuatkan kulit saya makin cerah dan jerawat kian pudar dalam masa yang singkat tidak sampai sebulan dan baru minum setengah botol sesudu teh setiap hari.

Cumanya kesan pengambilan Vivix membuatkan saya mengalami healing crisis yang teruk iaitu muka jadi berjerawat batu, bernanah dan berdarah mungkin disebabkan saya juga mengalami masalah resdung yang teruk sejak di bangku sekolah. Keaadaan muka saya yang teruk membuatkan saya rasa malu untuk keluar rumah berjumpa kawan-kawan dan ke pejabat kerana kawan-kawan sering menegur apa yang dah terjadi pada wajah saya. Thanks to my husband yang supportive dan pujuk saya agar meneruskan pengambilan Vivix kerana katanya Vivix membantu mencuci darah kotor sebab itulah nanah dan darah asyik keluar tanpa henti selama 2 minggu consume Vivix.

AMALKAN SHAKLEE

Saya merasa sangat bersyukur dan seronok kerana dapat berkenalan dengan Shaklee. Di sebabkan Shaklee masalah-masalah kesihatan saya dapat diatasi dan hilang dengan serta-merta. Terima kasih juga kepada Puan Emalin Mohd yang banyak membantu dan mencadangkan suplemen yang sesuai dengan masalah kesihatan saya selama ini. Saya juga telah berazam untuk mengamalkan suplemen Shaklee dalam kehidupan harian saya bersama seluruh ahli keluarga saya demi kesihatan yang berpanjangan dan menyeluruh.

DAPATKAN VIVIX SHAKLEE SEKARANG

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.


Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717

No comments:

Post a Comment