Tuesday, July 4, 2017

Kentut Faraj Sebab Faraj Longgar Selepas Bersalin. Suami Tak Puas Bila Bersama


Orang perempuan ni banyak yang kena jaga. Bukan body dengan muka jer kena cun tapi kesihatan dan kecantikan dalaman pun mesti mantap. Sebab itulah selepas melahirkan anak, kita disuruh berpantang.



Amalan ni bukan nak ‘mendera’ kita tapi sebenarnya tempoh berpantang adalah waktu penyembuhan dalaman dan luaran. Masa ni lah kita kena ‘overhaul’ balik body…kasi repair badan yang dah kembang.

Paling penting, kena pulihkan dalaman terutama peranakan. Sebab itulah mak atau nenek kita membebel kalau kita tak bertungku, bertangas dan makan ubat bersalin. Semua amalan ini membantu kita pulih seperti sedia kala.

Kesannya bukan sekarang tapi di kemudian hari. Apa guna miliki muka dan body yang meletup andai vagina longgar, berair dan peranakan bermasalah.

Salah satu punca berlaku masalah kentut vagina adalah tidak berpantang. Ha! Ada pula yang terngaga mendengar istilah kentut vagina. Perkara ini memang terjadi tau bukan main-main. Jom bongkar tentang masalah kentut vagina. Fahami dan atasinya.


Apa itu kentut vagina?


Kentut vagina juga dikenali sebagai kentut faraj. Ia berlaku apabila alat kemaluan wanita mengeluarkan udara yang menghasilkan bunyi seperti kentut. Kebiasaannya kentut vagina tidak berbau. Jika kentut vagina berbau, kemungkinan besar faraj dijangkiti kuman.


Bagaimana ia berlaku?


Kentut vagina berlaku apabila udara terperangkap di dalam faraj, ia dilepaskan seperti mana kentut dubur.


Faktor penyebab

1.Otot-otot vagina lemah, ia menyebabkan udara mudah masuk ke bahagian ini.

2.Proses kelahiran yang sukar dan kerap melahirkan anak antara punca yang menyebabkan otot vagina lemah.

3.Peranakan jatuh.

4.Tidak dapat mengawal kencing.

5.Seks keterlaluan.


Bahaya kentut vagina


Bila berlaku kentut vagina, ertinya faraj longgar dan tidak grip seperti dulu. Suami akan dapat rasakan perubahan ini. Bila longgar, suami tidak puas bersama. Masalah dalaman ini mesti dirawat segera kerana ia akan menjejaskan hubungan intim dan boleh menjadi isu besar dalam rumah tangga.



Cara atasi


1.Berpantang selepas melahirkan anak.

2.Ambil jamu atau ubatan tradisional yang dapat membantu memulihkan dalaman.

3.Urutan untuk menaikkan peranakan atau lebih dikenali sebagai sengkak. Cari bidan yang pakar ye supaya tekniknya betul dan tidak sakit.

4.Memakai seluar dalam yang tidak longgar agar dapat mengawal keluar masuk udara di dalam faraj.

5.Jangan sembur air di dalam faraj/ vagina. Perbuatan ini membuka ruang udara.

6.Elak makanan sejuk dan berangin seperti timun.

7.Amalkan senaman kegel atau senaman kemut. Ia membantu menguatkan otot-otot vagina.

8.Lakukan tangas herba seminggu sekali. Herba yang digunakan akan membantu merawat pelbagai masalah dalaman wanita bukan sahaja kentut vagina tetapi keputihan.


Morale of the story…sayangilah diri anda, jaga peranakan dan vagina. Baru encik suami semakin sayang!



Kini kentut Faraj Tiada Lagi Selepas Amalkan ALFALFA 









Harga ALFALFA 




RM60.95 untuk 330 biji 

RM108.65 untuk 700 biji

Beli terus ALFALFA di SINI >>  KENTUT FARAJ


Kembalikan CINTA Suami Hari ni dengan bantuan ALFALFA 


No comments:

Post a Comment